Pinjaman Yayasan Selangor

PORTAL YAYASAN SELANGOR

Sila Klik Pautan untuk Maklumat Lebih Lanjut:

Maklumat Lanjut


SYARAT - SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Pemohon merupakan BEKAS PELAJAR TAJAAN YAYASAN SELANGOR di peringkat menengah melalui Program :

  1. Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor (RKPYS)
  2. ‘High Potential Student’ (HIPERS)
  3. Program Tingkatan Enam (PTEYS)
  4. RKPYS – anak wargakerja.


SYARAT-SYARAT PERMOHONANKETERANGAN
KELAHIRAN
  • Umur tidak melebihi 30 tahun
  • Pemohon, ibu dan bapa Warganegara Malaysia.
  • Pemohon / Ibu / bapa lahir di Negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
  • Pemohon yang bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun di Negeri Selangor juga layak memohon, namun keutamaan diberikan kepada pemohon yang lahir di Negeri Selangor
  • Pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan.
PERINGKAT PENGAJIAN
  • Pemohon sedang mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA di peringkat DIPLOMA / IJAZAH SARJANA MUDA di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau Universiti Selangor (UNISEL) atau Universiti Islam Selangor (UIS).
PENAJAAN
  • Tidak menerima sebarang penajaan atau lain-lain bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam atau luar negara.
LAIN-LAIN
  • Pemohon membuat permohonan pada waktu yang ditetapkan
  • Keutamaan pemberian tawaran akan ditetapkan oleh pihak pengurusan Yayasan Selangor dan segala keputusan adalah muktamad.
  • Pemohon perlu melampirkan Salinan SIJIL ANAK YAYASAN sebagai bukti pernah menerima tajaan.