Tabung-Pendidikan Anak-anak dan Badan-badan Berkanun Negeri Selangor (Warga Kerja)
SYARAT KHUSUS |
1. |
Terbuka kepada warga kerja Anak Syarikat/ Badan Berkanun yang berjawatan tetap atau kontrak seperti berikut:
|
||||
2. |
Telah mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian secara separuh masa untuk kursus yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) / Institusi-institusi yang berkaitan/ Badan-badan bertauliah/ Profesional di mana-mana Universiti Awam (UA)/ Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Kursus pengajian hendaklah mengikut keperluan dan/ atau relevan dengan bidang tugas di Anak Syarikat/ Badan Berkanun masing-masing. Warga kerja yang sedang mengikuti pengajian juga boleh memohon dengan syarat tempoh pengajian masih berbaki sekurang-kurangnya satu (1) semester semasa permohonan diterima oleh Anak Syarikat/ Badan Berkanun masing-masing; |
||||
3. |
Mencapai sekurang-kurangnya tahap memuaskan dalam penilaian prestasi tahunan warga kerja selama tiga (3) tahun terdahulu secara berturut-turut; |
||||
4. |
Mempunyai rekod disiplin yang baik dan tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib/ disiplin untuk tempoh tiga (3) tahun sebelum permohonan; |
||||
5. |
Permohonan hendaklah mendapat sokongan dan pelepasan daripada Pengurus Besar/ Ketua Pegawai Eksekutif Anak Syarikat/Badan Berkanun masing-masing; dan |
||||
6. |
Tempoh senggang selama 12 bulan dikenakan bagi permohonan baru yang berturutan apabila mana-mana program pengajian semasa berjaya ditamatkan oleh penerima biasiswa. |
||||
7. |
Walaubagaimanapun, tempoh ikatan berkhidmat bagi perjanjian baru akan mengambil kira tempoh ikatan berkhidmat terdahulu. |
SYARAT AKADEMIK |
PERINGKAT PENGAJIAN |
KELULUSAN PNGK ATAU SETARAF | ||
Diploma |
Ijazah Sarjana Muda |
Ijazah Sarjana |
|
Sijil | Tidak Berkaitan | Tidak Berkaitan | Tidak Berkaitan |
Diploma | Tidak Berkaitan | Tidak Berkaitan | Tidak Berkaitan |
*Ijazah Sarjana Muda | 2.5 ke atas | Tidak Berkaitan | Tidak Berkaitan |
**Ijazah Sarjana | Tidak Berkaitan | 2.5 ke atas | Tidak Berkaitan |
PhD | Tidak Berkaitan | 2.5 ke atas | 3.0 ke atas/setara |
* Tempoh pengalaman kerja boleh diambil kira tertakluk kepada penerimaan kemasukan oleh UA/IPT.
** Tempoh perkhidmatan bersama anak syarikat boleh diambil kira untuk pembiayaan pengajian di Selangor Business School (SBS) disamping telah menerima tawaran pengajian daripada SBS dan disokong oleh Agensi masing-masing.
Kelayakan bagi pengajian Kursus Profesional seperti berikut:
|
|
a) | Kursus profesional perakaunan: Mestilah kursus yang diiktiraf oleh Malaysia Institut of Accountants (MIA) bagi mendapatkan keahlian dalam badan profesional perakaunan seperti Association of Chartered Certified Accountants United Kingdom (ACCA), Chartered Institute of Management Accountants United Kingdom (CIMA), Certified Practising Austrlia (CPA Australia), Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW), Malaysia Institute of Certified Public Accountants (MICPA). |
b) | Lain-lain kursus profesional yang dikawal selia dan diiktiraf oleh badan profesional yang berkenaan. |
HAD UMUR & LANJUTAN TEMPOH PENGAJIAN |
Had umur permohonan bagi warga kerja adalah sehingga 45 tahun sahaja. Sekiranya warga kerja perlu melanjutkan tempoh pengajian atas sebab gagal dalam mana-mana subjek atau PNGK kurang daripada had minimum yang ditetapkan oleh Pusat Pengajian dan perlu mengulang (repeat) subjek atau semester, sebarang kos tambahan perlu dibiayai oleh pihak warga kerja tersebut. |
TAJAAN LAIN |
Sekiranya permohonan diluluskan, warga kerja tidak boleh menerima lain-lain penajaan daripada mana-mana Yayasan, Tabung bantuan kewangan daripada mana-mana Agensi Kerajaan atau swasta. |