TABUNG PENDIDIKAN ANAK-ANAK SYARIKAT DAN BADAN –BADAN BERKANUN NEGERI SELANGOR (TPASBB)

Cadangan penubuhan Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat dan Badan-badan Berkanun Negeri Selangor (TPASBB) diusulkan oleh anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor sebagai salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) (CSR) selaras dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor untuk merakyatkan ekonomi dan menjadi sebuah negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.


Salah satu faedah kakitangan (staff benefit) dan tanggungjawab sosial korporat (CSR at workplace and education) yang dapat menawarkan bantuan pendidikan dalam bentuk dermasiswa, insentif kecemerlangan akademik dan biasiswa yang hanya ditawarkan untuk warga kerja anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor dan anak-anak mereka yang cemerlang di dalam bidang akademik.


Telah diluluskan dalam MMKN bertarikh 30 November 2011.


Objektif


Medium perantaraan untuk anak-anak syarikat/badan berkanun Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan inisiatif berbentuk CSR di tempat kerja dan pendidikan;


Menggalakkan, membangunkan dan meningkatkan aspek keilmuan di kalangan warga kerja anak-anak syarikat/badan berkanun Kerajaan Negeri Selangor dan anak-anak mereka yang cemerlang di dalam bidang pendidikan;


Memberi biasiswa, dermasiswa dan sebarang bentuk bantuan dan sumbangan kepada warga kerja anak-anak syarikat/badan berkanun Kerajaan Negeri Selangor dan anak-anak mereka yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi;


Mekanisme dalam melahirkan modal insan yang berpendidikan bagi menyokong pelaksanaan strategi pembangunan kerjaya dan perancangan pelapis di peringkat anak-anak syarikat dan badan berkanun Kerajaan Negeri.Mekanisme dalam melahirkan modal insan yang berpendidikan bagi menyokong pelaksanaan strategi pembangunan kerjaya dan perancangan pelapis di peringkat anak-anak syarikat dan badan berkanun Kerajaan Negeri.