Mengenai HPIPT

Mengenai HPIPT

Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menyediakan bantuan sebanyak RM1,000 kepada anak-anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah. Bantuan ini khusus untuk pelajar tahun pertama yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan, dari peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda.

Syarat-Syarat Kelayakan HPIPT

  • Kewarganegaraan: Pemohon, ibu, dan bapa mestilah warganegara Malaysia.
  • Kriteria Rakyat Selangor:
    • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    • Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    • Pemohon bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor selama 11 tahun, dan ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  • Pengajian: Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma, dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.
  • Pendaftaran: Pemohon telah mendaftarkan diri di IPT untuk memulakan sesi pengajian.
  • Tahun Pertama: Permohonan adalah untuk pelajar tahun pertama sahaja.
  • SPM: Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Pendapatan Isi Rumah: Pendapatan isi rumah ibu, bapa, atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah.
  • Permohonan Lengkap: Permohonan yang tidak lengkap akan dikategorikan sebagai permohonan gagal.
  • Pembayaran Sekali: Setiap permohonan hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja.

Nota: Kategori Yang Tidak Layak Memohon

  • Pemohon yang belajar di Kolej Vokasional dan tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Pemohon Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM).
  • Pemohon yang menerima elaun bulanan daripada mana-mana institusi kerajaan seperti Pendidikan Guru (IPG), Kolej Kejururawatan, dan lain-lain.