Biasiswa Sagong Tasi Peringkat Sekolah Menengah

SYARAT AM

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor menawarkan biasiswa kepada pelajar sekolah menengah di Negeri Selangor bagi tahun 2021. Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon.

Biasiswa Sagong Tasi merupakan biasiswa khas untuk pelajar Orang Asli yang menuntut di sekolah menengah di Negeri Selangor.

Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN KETERANGAN
KELAHIRAN
  • Pemohon dan Ibu Bapa merupakan WARGANEGARA Malaysia; dan
  • Pemohon mestilah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954; dan
  • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Ibu atau Bapa lahir di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
PERINGKAT PENGAJIAN
  • Pemohon sedang menuntut di peringkat sekolah menengah (Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6) di Negeri Selangor.
PENAJAAN
  • Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PINJAMAN/ BIASISWA/ BANTUAN KEWANGAN dari lain-lain penaja
PENCAPAIAN AKADEMIK
  • Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan