Program Khas Biasiswa Selangor Bitara

SYARAT AM
Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor menawarkan biasiswa penuh bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah (PhD) di 50 universiti terkemuka (mengikut Ranking by Subject 2023 Times Higher Education atau QS World University Ranking). Calon yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon.
1.

Pemohon dan ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia; DAN

2.Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau pemohon telah bermastautin di Selangor melebihi sepuluh (10) tahun.
3.Permohonan ini adalah terbuka kepada penjawat awam dan orang awam.
4.Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
5.Memiliki Asasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya.
6.Telah mendapat tempat pengajian di 50 universiti terkemuka dalam bidang yang dipohon (mengikut Ranking by Subject 2023 Times Higher Education atau QS World University Ranking).
7.Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
8.Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.0)/ TOEFL (550) / MUET Band (3.0).
9.Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.
10.Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif.
11.Pemohon hendaklah menyertakan salinan ’Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ’Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor.
12.Pemohon tidak menerima pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak lain.
13.Sihat tubuh badan.
14.Tidak mempunyai masalah keberhutangan serius atau muflis serta tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah.
15.Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi Kerajaan.
KATEGORI PEMOHON

1.

Penjawat Awam
i.Berstatus tetap atau kontrak serta sedang dan telah berkhidmat di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada tarikh tutup permohonan.
ii.Permohonan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan tertakluk kepada peraturan-peraturan perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.
2.Orang Awam
i.Sedang dan telah berkhidmat di sektor swasta di Negeri Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada tarikh tutup permohonan.
ii.Pemohon hendaklah mengemukakan surat pengesahan majikan. Sekiranya berjaya menerima tawaran, pemohon perlu mendapatkan surat pelepasan daripada majikan.
 BIDANG PENGAJIAN

1.

Skop Smart Selangor
i.Governance
ii.Energy And Utility
iii.Water Management
iv.Waste Management
v.Building And Housing
vi.Transport And Mobility
vii.Safety And Security
viii.Healthcare
ix.Disaster Management
x.Food And Agriculture
xi.Education
2.Bidang Berkaitan
i.Human & Social Development
ii.Culture & Heritage
iii.Manufacturing
iv.Environment
v.Business
vi.Retail
vii.Commercial
viii.Technology
ix.Communication
x.Islamic Affairs