Program Khas Kakitangan Awam Negeri Selangor (Kursus Profesional)

SYARAT AM
1.

Pemohon merupakan pegawai di Jabatan / Agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri Selangor bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dalam semua skim perkhidmatan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan secara tetap.

2. Pemohon telah berkhidmat minimum 5 tahun di bawah Pentadbiran SUK Selangor;
3. Pemohon perlu melengkapkan kursus dengan keputusan cemerlang dan sekiranya gagal menamatkan pengajian, pegawai perlu membayar semua jumlah pinjaman
4. Pemohon yang merupakan Kumpulan Pengurusan dan Profesional lantikan negeri boleh ditawarkan Pinjaman Boleh Ubah manakala pemohon yang merupakan pegawai lantikan Persekutuan akan diberikan Pinjaman
5. Pemohon telah disahkan dalam jawatan;
6. Pemohon bersih daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib
7. Pemohon mempunyai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang cemerlang (purata 85% markah minimum untuk tiga (3) tahun berturut- turut)
8. Pemohon telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian Kursus Professional secara sambilan di IPTA/ IPTS tempatan; dan
9. Pemohon tidak mengikuti mengajian di peringkat yang sama atau lebih rendah daripada kelayakan yang sedia ada dimiliki
10. Bidang pengajian adalah berkaitan dengan tugas pemohon dan dianggap perlu atas dasar kepentingan perkhidmatan serta diluluskan oleh Ketua Jabatan;
11. Pemohon belum/ tiada menerima sebarang bentuk penajaan daripada lain lain penaja;
12. Pemohon telah memperolehi pencapaian akademik yang baik di peringkat Ijazah Pertama dengan PNGK/ CGPA sekurang-kurangnya 2.50
Berikut merupakan antara senarai kursus professional yang akan diberi tajaan di bawah program Kursus Profesional :
1.

ACCA (Chartered Association of Certified Accountants Foundation Stage + Certificate Stage + Professional Stage

2. AIA (Association of International Accountants Foundation + Professional 1 + Professional 2)
3. CIMA (Chartered Institute of Management Accountants Foundation Level + Intermediate Level + Final Level)
4. CIFP (Chartered Islamic Finance Professional) International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF)
5. CFA (Chartered Financial Analyst)
6. CLP (Certified of Legal Practice) / Sijil Amalan Guaman
7. CIA (Certified Internal Auditor)
8. CPA (Certified Public Accountants)
9. ICSA (Institute of Chartered Secretaries & Administration)
10. Associateship of The Malaysian Insurance Institute (AMII)
11. Malaysian Institute of Accountants Qualifying Examination (MIA QE) 
12. International Certificate in Risk Management (CIRM) oleh The Malaysian Insurance Institute (MII)
13. Certified Aborist

 ** Pemohon boleh mengemukakan permohonan bagi kursus-kursus selain daripada yang disenaraikan, dan kelulusan adalah tertakluk kepada pertimbangan oleh Lembaga.