KADAR BAYARAN BALIK
Peminjam dikehendaki membayar balik pinjaman pelajaran selepas 6 bulan tamat pengajian.
Jadual pembayaran balik adalah seperti berikut:
Jumlah Pinjaman | Kadar Bayaran Balik Bulanan | Tempoh (bulan) |
RM5,000 ke bawah | RM139 | 12-36 |
RM5,001-RM10,000 | RM157 | 32-64 |
RM10,001-RM15,000 | RM190 | 53-79 |
RM15,001-RM20,000 | RM209 | 72-96 |
RM20,001-RM25,000 | RM221 | 91-113 |
RM25,001-RM30,000 | RM239 | 109-131 |
RM30,001-RM35,000 | RM247 | 122-142 |
RM35,001-RM40,000 | RM261 | 134-154 |
RM40,001-RM45,000 | RM273 | 147-165 |
RM45,001-RM50,000 | RM283 | 159-177 |
Peminjam yang GAGAL MEMATUHI jadual pembayaran balik seperti yang telah ditetapkan akan dikenakan tindakan oleh Lembaga TKWBNS.
PENGURANGAN BAYARAN BALIK |
PENGENALAN
Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (Convertible Loan) merupakan satu insentif pendidikan daripada Kerajaan Negeri Selangor kepada penerima Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor.
Kemudahan ini merupakan pengurangan atau pengecualian ke atas jumlah keseluruhan Pinjaman Pelajaran bagi penerima yang telah menamatkan pengajian. Jumlah pengurangan adalah berdasarkan kecemerlangan pelajaran secara keseluruhan.
SYARAT-SYARAT
Pemohon wajib memenuhi semua syarat berikut:
- Merupakan penerima Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya menerusi tajaan TKWBNS;
- Telah menamatkan pengajian mengikut tempoh yang telah ditetapkan berdasarkan Surat Tawaran Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor;
- Merupakan peminjam di peringkat Sijil (bagi peminjam tahun 2012 dan ke atas sahaja), Diploma atau Ijazah Sarjana Muda;
- Menamatkan pengajian selepas 31 Disember 2002 (Diploma dan Ijazah Sarjana Muda); dan
- Telah menerima Transkrip Rasmi keputusan keseluruhan pengajian dan Sijil Kelulusan Senat daripada IPT.
KADAR PENGURANGAN |
*Kadar pengurangan ini berkuatkuasa bermula 01 JUN 2019
KADAR PENGURANGAN BAGI PINJAMAN BOLEH UBAH DALAM NEGARA
Peringkat Pengajian | Pencapaian PNGK/CGPA Terakhir | Kadar Pengurangan Bayaran Balik |
Sijil IPTA atau Diploma | 3.75 – 4.00 | 25% |
Sijil Teknikal | Lulus | 50% |
Gagal | 0% | |
Ijazah Sarjana Muda Pelbagai | 3.75 – 4.00 | 100% |
3.50 – 3.74 | 50% | |
3.49 dan ke bawah | 0% | |
Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pergigian | Lulus dalam tempoh yang ditetapkan | 100% |
Lulus dengan pelanjutan tempoh | 0% | |
Gagal | 0% |
KADAR PENGURANGAN BAGI PINJAMAN BOLEH UBAH LUAR NEGARA (TIMUR TENGAH)
Peringkat Pengajian | Pencapaian PNGK/CGPA Terakhir | Kadar Pengurangan Bayaran Balik |
Ijazah Sarjana Muda (semua bidang) | Mumtaz | 100% |
Jayyid Jiddan | 50% | |
Jayyid | 25% | |
Maqbul | 0% | |
Gagal | ||
Sarjana | Lulus dalam tempoh ditetapkan | 100% |
Lulus dengan perlanjutan tempoh | 0% | |
Gagal | ||
Doktor Falsafah | Lulus dalam tempoh ditetapkan | 100% |
Lulus dengan perlanjutan tempoh | 0% | |
Gagal |
PROSEDUR PERMOHONAN PINJAMAN BOLEH UBAH |
- Permohonan dibuat melalui atas talian (online) https://edanapendidikan.selangor.gov.my/login
- Sila cipta (create) akaun dan isi Lapor Diri Tamat Pengajian terlebih dahulu sehingga diluluskan
- Isi Permohonan Pengurangan Bayaran Balik @ Pinjaman Boleh Ubah setelah Lapor Diri Tamat Pengajian diluluskan
- Setelah mengisi secara atas talian, pemohon diminta untuk menghantar dokumen yang diperlukan secara fizikal kepada urusetia TKWBNS
- Muat Turun Borang Permohonan daripada pautan Muat Turun Borang
- Lengkapkan dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti Salinan Transkrip Rasmi dan Salinan Sijil Kelulusan Senat (Skrol) yang telah disahkan oleh pihak HEP/HEA IPT masing-masing
- Dokumen mestilah mempunyai tandatangan yang asal (original) dari pihak universiti
- Hantar melalui pos atau serahan tangan kepada URUS SETIA TKWBNS (penghantaran melalui email TIDAK DITERIMA)
- Keputusan akan diberikan dalam tempoh sebulan selepas Urus Setia mendapat kelulusan daripada Lembaga TKWBNS
Peminjam dinasihatkan untuk membuat permohonan sebaik sahaja Transkrip Rasmi dan Sijil Kelulusan Senat diperolehi.
Bagi permohonan yang dibuat selepas 2 tahun dari tarikh tamat tajaan, pengurangan hanya akan dibuat ke atas baki jumlah bayaran balik semasa sahaja.
Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat sahaja akan diproses dan dipertimbangkan.
KAEDAH BAYARAN BALIK
Bayaran Tunai Melalui Kaunter
- Kaunter Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam; atau
- Kaunter Perkhidmatan Bank Islam Malaysia Berhad; atau
- Kaunter Perkhidmatan Bank Muamalat Malaysia Berhad; atau
- Pos Malaysia Berhad.
Potongan Gaji
- Muat turun Borang Potongan Gaji LTKWBNS di sini
- Borang perlu dilengkapkan oleh peminjam sebelum arahan potongan gaji melalui majikan dikeluarkan.
Pengeluaran KWSP
- Peminjam perlu membuat permohonan kepada Urus Setia (boleh dibuat melalui email, surat atau panggilan telefon)
- Surat pengeluaran KWSP dan dokumen berkaitan akan dikeluarkan oleh Urus Setia
- Peminjam perlu membuat permohonan kepada KWSP dengan mengemukakan Surat Pengeluaran KWSP dan dokumen berkaitan.
Cek Peribadi/ Bank Draf/ Wang Pos/ Kiriman Wang
- Bayaran hendaklah dibuat atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor.
- Sila catatkan Nama dan No. Rujukan fail pelajar di belakang ”Cek Peribadi/ Bank Draf/ Wang Pos/ Kiriman Wang”.
Arahan Tetap Bank (Standing Instruction)
- Peminjam perlu memohon kepada bank masing-masing yang menyediakan kemudahan tersebut
- Bayaran hendaklah ditujukan atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor.
- Sila catatkan Nama dan No. Rujukan fail pelajar semasa permohonan.
Perkhidmatan e-banking
- CIMB Bank Berhad melalui laman web: (Bayar Kepada: Kerajaan Negeri Selangor – Pinjaman Pelajaran). Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-2295 6100 CIMB Bank Call Centre; atau
- Bank Islam Malaysia Berhad melalui laman web: www.bankislam.com. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-2698 8008/ 03-2691 3993 – (Help Desk).
Pembayaran melalui Mesin Deposit Tunai (Cash Deposit Machine) TIDAK DITERIMA SAMA SEKALI
PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR MELALUI JOMPAY
Bermula Januari 2017, peminjam boleh membuat pembayaran balik Pinjaman Pelajaran melalui kaedah JOMPAY.
Kod bil dan butiran pembayaran adalah seperti berikut:-
JOMPAY BOLEH DIBUAT MELALUI 42 BANK BERIKUT: