PBULN (Top100 Universities)

PBULN (Top100 Universities)

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor menawarkan pinjaman boleh ubah dan biasiswa penuh untuk yang layak bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah (PhD) di 100 Universiti terkemuka (mengikut ranking by Subject tahun semasa QS World University Ranking). Calon yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon.

Syarat Am

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
    1. Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
    2. Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    3. Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih sepuluh (10) tahun di Selangor.
  2. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
  3. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
  4. Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.
  5. Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif.
  6. Pemohon tidak menerima pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak lain.
  7. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan.
  8. Sihat tubuh badan.
  9. Tidak mempunyai masalah keberhutangan serius atau muflis serta tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah.
  10. Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi Kerajaan.
  11. Universiti yang ditawarkan perlu tersenarai dalam Top 100 QS World Ranking tahun semasa mengikut bidang-bidang yang disenaraikan.

Syarat Akademik

  1. Memiliki Asasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya.
  2. Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.5)/ TOEFL (80/100) / MUET Band (4.0).
  3. Pemohon hendaklah menyertakan salinan ’Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ’Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor bagi calon pascasiswazah.

Bidang Pengajian

A. Skop Smart Selangor

  • Governance
  • Energy and Utility
  • Water Management
  • Waste Management
  • Building and Housing
  • Transport and Mobility
  • Safety and Security
  • Healthcare
  • Disaster Management
  • Food and Agriculture
  • Education

B. Bidang-bidang Berkaitan

  • Human and Social Development
  • Culture and Heritage
  • Manufacturing
  • Environment
  • Business
  • Retail
  • Commercial
  • Technology
  • Communication
  • Islamic Affairs

Jenis Pembiayaan

Pembiayaan bagi pinjaman berbentuk Pinjaman Boleh Ubah dengan kadar yang telah ditetapkan berdasarkan negara-negara yang tersenarai di dalam 100 Universiti Terbaik (QS World Ranking) tahun semasa.

Kadar pinjaman bagi Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara (Top 100) berbeza dan dipertimbang berdasarkan negara pengajian, lokasi bandar, dan lain-lain faktor.

Kadar pinjaman merangkumi Yuran Pengajian, Elaun sara hidup, Elaun Buku dan lain-lain elaun.

* Kadar pinjaman akan dikemaskini mengikut keperluan dan perubahan tahun semasa.

Pengurangan Bayaran Balik

Pengurangan Bayaran Balik

A. United Kingdom

Skor Peratusan Pengecualian
70% hingga 100% 100% pengecualian
60% hingga 69% 50% pengecualian
59% dan ke bawah 0% pengecualian

B. United States

CGPA Pengecualian
3.75/4.00 hingga 4.00/4.00 100% pengecualian
3.50/4.00 hingga 3.74/4.00 50% pengecualian
3.49/4.00 dan ke bawah 0% pengecualian

C. Australia

Skor Peratusan Pengecualian
85% hingga 100% (High Distinction) 100% pengecualian
75% hingga 84% (Distinction) 50% pengecualian
74% dan ke bawah (Credit) 0% pengecualian

D. Perubatan/ Medical

  • Penerima di dalam bidang perubatan dan pergigian yang lulus pengajian dalam tempoh yang ditetapkan akan dipertimbangkan pengecualian bayaran balik sepenuhnya.
  • Penerima yang gagal menamatkan pengajian dalam tempoh masa ditetapkan perlu membuat bayaran balik seperti yang ditetapkan di dalam perjanjian TKWBNS.

E. Doktor Falsafah/ PhD

  • Penerima di peringkat PhD/ Doktor Falsafah yang lulus di dalam tempoh yang ditetapkan akan dipertimbangkan pengecualian bayaran balik sepenuhnya.
  • Penerima yang gagal menamatkan pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan perlu membuat bayaran balik seperti yang ditetapkan di dalam perjanjian TKWBNS.
Kadar Bayaran Balik

Kadar Bayaran Balik

Jumlah Pinjaman Kadar Bayaran Balik Bulanan Tempoh (bulan)
RM5,000 dan ke bawah RM139 21 - 36
RM5,001 - RM10,000 RM157 32 - 64
RM10,001 - RM15,000 RM190 53 - 79
RM15,001 - RM20,000 RM209 72 - 96
RM20,001 - RM25,000 RM221 91 - 113
RM25,001 - RM30,000 RM239 109 - 131
RM30,001 - RM35,000 RM247 122 - 142
RM35,001 - RM40,000 RM261 134 - 154
RM40,001 - RM45,000 RM273 147 - 165
RM45,001 - RM50,000 RM283 159 - 177
RM50,001 - RM60,000 RM333 151 - 180
RM60,001 dan ke atas Bergantung Jumlah Pinjaman 180