Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor (Top100 Universities)
Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor menawarkan biasiswa penuh untuk yang layak bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah (PhD) di 100 Universiti terkemuka (mengikut ranking by Subject tahun semasa QS World University Ranking). Calon yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon.
* Calon Biasiswa Khas Dato Menteri Besar Selangor Top100 akan disenarai pendek berdasarkan permohonan di bawah Program Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara Top100. Permohonan boleh dibuat di https://edanapendidikan.selangor.gov.my/login
Syarat Am
- Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
- Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
- Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
- Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih sepuluh (10) tahun di Selangor.
- Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
- Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
- Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.
- Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif.
- Pemohon tidak menerima pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak lain.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan.
- Sihat tubuh badan.
- Tidak mempunyai masalah keberhutangan serius atau muflis serta tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah.
- Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi Kerajaan.
- Universiti yang ditawarkan perlu tersenarai dalam Top 100 QS World Ranking tahun semasa mengikut bidang-bidang yang disenaraikan.
Syarat Akademik
- Memiliki Asasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya.
- Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.5)/ TOEFL (100/120) / MUET Band (5.0).
- Pemohon hendaklah menyertakan salinan ’Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ’Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor bagi calon pascasiswazah.
Bidang Pengajian
A. Skop Smart Selangor
- Governance
- Energy and Utility
- Water Management
- Waste Management
- Building and Housing
- Transport and Mobility
- Safety and Security
- Healthcare
- Disaster Management
- Food and Agriculture
- Education
B. Bidang-bidang Berkaitan
- Human and Social Development
- Culture and Heritage
- Manufacturing
- Environment
- Business
- Retail
- Commercial
- Technology
- Communication
- Islamic Affairs
Jenis Pembiayaan
Pembiayaan bagi biasiswa berbentuk Biasiswa Penuh merangkumi yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun penginapan dan lain-lain elaun.