MAKLUMAT TERKINI

PERMOHONAN TABUNG PENDIDIKAN ANAK-ANAK SYARIKAT DAN BADAN-BADAN BERKANUN NEGERI SELANGOR (TPASBB)

Biasiswa Tabung Pendidikan Anak-Anak Syarikat dan Badan-Badan Berkanun Negeri Selangor (TPASBB) telah dibuka. Pengkhususan diberikan kepada warga kerja dan anak warga kerja Anak-Anak Syarikat dan Badan-Badan Berkanun Negeri Selangor. Tempoh permohonan bermula 25 Julai hingga 20 Oktober 2024.

PERMOHONAN BIASISWA SAGONG TASI

Permohonan bagi Biasiswa Sagong Tasi Negeri Selangor (Orang Asli) di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor akan dibuka bermula 15 September hingga 15 Oktober 2024. Terbuka kepada pembiayaan pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (seluruh Malaysia) dan Swasta (Universiti terpilih sahaja)

PERMOHONAN PINJAMAN BOLEH UBAH DALAM NEGARA TAHUN 2024

Permohonan bagi Program Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor akan dibuka bermula 22 September hingga 15 Oktober 2024. Terbuka kepada pembiayaan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Laman Penaja

  • Penaja
  • Penaja
  • Penaja